Nasi arab mempunyai banyak keistimewaan. Antara kelebihannya yang ketara berbanding nasi yang dimakan di negara-negara asia timur seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Cina, Jepun dan Korea ialah nasi arab menggunakan beras jenis basmathi yang kurang kandungan kanji. Semasa pemprosesan kulit beras basmathi dibuang tetapi selaput berwarna keperangan antara dan isi beras masih dikekalkan. Selaput ini berfungsi untuk melambatkan proses penyerapan karbohidrat ke dalam tubuh. Ini menjadikan beras ini lebih sihat dimakan berbanding beras biasa.

Cuma harganya lebih mahal berbanding beras biasa. Faktor ini menyebabkan beras basmathi tidak dimakan secara harian oleh kebanyakan orang kecuali dihari hari perayaan ataupun semasa meraikan tetamu. Malah orang orang arab yang kaya raya juga hanya mengambil nasi ini secara berkala iaitu dua atau tiga kali seminggu.

Terdapat berbagai gred beras basmathi mengikut saiz dan kepanjangannya.Lebih besar dan panjang beras tersebut maka lebih tinggilah grednya. Nasi arab menggunakan beras basmathi gred bermutu tinggi. Di Arabian Kitchen kami menggunakan beras basmathi jenis Pusa Gold 1121. Beras ini jauh lebih berkualiti jika dibandingkan dengan beras basmathi biasa yang digunakan dalam masakan nasi beriyani di Malaysia.

Keenakan nasi arab banyak disumbangkan oleh penggunaan beras basmathi untuk menghasilkannya. Beras ini menghasilkan nasi yang lembut, gebu, besar dan panjang panjang. Ditambah dengan rempah ratus terpilih nasi arab enak dan harum. Tanpa sebarang lauk pun nasi ini boleh dimakan begitu sahaja.

. Selamat Mencuba
test1
test2
tes3